Mengenai kami

Foto saya
Jawatankuasa Guru Prasekolah ini adalah cetusan idea Pegawai Khas Akademik Prasekolah Kuala Kangsar pada tahun 2008. Rasional penubuhan jawatankuasa adalah untuk membantu, memberi pandangan serta mengadakan program yang berkaitan dengan prasekolah daerah Kuala Kangsar. Sejak penubuhan jawatankuasa ini, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan. Inisiatif penubuhan jawatankuasa ini telah memberi impak yang positif terhadap perkembangan prasekolah di daerah Kuala Kangsar. Blog ini adalah milik Jawatankuasa Guru Prasekolah yang dibangunkan pada tahun 2008. Blog ini dikawal dan dibiayai oleh Biro ICT Jawatankuasa Guru Prasekolah.

27 Mac 2010

Bengkel Membina Blog Prasekolah



Sabtu (26 Mac 2010)
P.P.D Kuala Kangsar

Bengkel membina blog prasekolah telah berjaya dilaksanakan. Kesemua guru prasekolah telah hadir memberi komitmen masing-masing terhadap perkembangan prasekolah. Hampir kesemua prasekolah telah berjaya membina blog asas masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Khas Akademik Prasekolah kerana mengadakan bengkel ini. Ucapan terima kasih juga kepada guru-guru prasekolah kerana telah memberi sumbangan melalui tabung prasekolah daerah Kuala Kangsar bagi menjayakan bengkel ini.

Semua blog prasekolah yang telah dibina akan dipautkan dalam blog ini pada 5 April 2010

Beberapa contoh alamat laman yang dapat membantu anda mengindahkan lagi blog anda.

http://www.blogspottutorial.com/2007/11/how-to-settings-your-blog.html
http://bloggerblogbackgrounds.blogspot.com/
http://www.scrapmyblog.com/
http://www.hongkiat.com/blog/50-most-beautiful-blogger-templates/
http://www.al-habib.info/islamic-clock/digital-clock-mosque-silhouette-01.htm
http://www.widgeo.net/
http://www.cbox.ws/

Bengkel Pengurusan / Mesyuarat Jawatankuasa Prasekolah


Pada 25 Mac 2010 telah diadakan satu Bengkel Pengurusan dan Mesyuarat Jawatankuasa Prasekolah. Mesyuarat membincangkan mengenai program-program yang akan diadakan berkaitan akademik prasekolah. Ucapan terima kasih kepada Tuan Pegawai Khas Akademik Prasekolah kerana telah memberi sokongan dan banyak membantu guru-guru.

11 Mac 2010

Bengkel Membina Blog

Salam: Satu bengkel membina blog prasekolah akan diadakan seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 27 Mac 2010
Hari : Sabtu
Masa :8.00 pagi-5.00 petang.
Tempat: Dewan PPD


SURAT RASMI TELAH DIKELUARKAN DI PORTAL PPD


Sila bawa broadband sendiri jika ada. Mungkin wireless yang disediakan perlahan kerana ramai menggunakannya.

ADMIN

9 Mac 2010

KUTIPAN WANG TIDAK DIBENARKAN

SILA AMBIL PERHATIAN
sebarang kutipan wang adalah tidak dibenarkan. Kutipan prasekolah hanya dibenarkan mengutip
RM 1.50 sen bagi Insuran Takaful sahaja.
SEBARANG KUTIPAN HENDAKLAH MEMBUAT PERMOHONAN KE
UNIT PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN.
sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Tn. Hj Mohd Puat B. Yusof, Pen. Pengarah Prasekolah.

LAWATAN SOSIAL AKADEMIK

Ada cadangan menyarankan agar mengadakan lawatan sosial akademik Guru Prasekolah ke Sarawak pada hujung tahun nanti. Tolong bagi respon.

MAKLUMAT TERKINI

REKOD KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH
Sila rekodkan maklumat kemasukan murid prasekolah dalam buku besar khas untuk prasekolah. Buku tersebut sama seperti buku rekod kemasukan murid perdana. Mula merekod bagi tahun 2010. Dapatkan buku di pejabat sekolah.
NO. PENDAFTARAN MURID BERMULA DARI 0001-SETERUSNYA.

Program ziarah beberapa guru ke SK Sri Aman,Taiping


Dari kiri: Guru SK Raja Muda Musa,SK Pos Legap, SK Kati, SK Kg Maamor, Kak Masyitah, SK Clifford, SK Clifford.

Beberapa guru daerah Kuala Kangsar telah mengadakan program ziarah ke SK Sri Aman, Taiping(Pn Masyitah-JU) pada 8 mac 2010. Pelbagai kaedah, teknik, pengurusan dan lain-lain yang dipelajari semasa lawatan. Program ini akan dicadangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Guru Prasekolah Kuala Kangsar akan datang agar semua guru diberi peluang melawat ke sekolah-sekolah yang terbaik.

6 Mac 2010

CADANGAN LAWATAN GURU PRASEKOLAH

Guru-guru prasekolah Daerah Kuala Kangsar, minta berikan cadangan lawatan sosial akademik ke negeri pilihan yang difikirkan sesuai untuk dibawa ke mesyuarat jawatankuasa. Maklumkan melalui chat @ email prasekolah kuala kangsar. Sekian, harap maklum. Terima kasih.

RANCANGAN HARIAN PRASEKOLAH

Sila download contoh ringkasan mengajar prasekolah yang telah diselaraskan bagi negeri Perak. Sila taip dan masukkan dalam fail. Bagi yang ingin terus menggunakan buku, taip & tampal dalam buku ringkasan sedia ada.

INSTRUMENT PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

Guru hendaklah menjalankan semua instrument pentaksiran yang disediakan oleh JPN (kemahiran membaca, menulis, mengira). Sila isi borang yang disediakan. Simpan sehingga tarikh penghantaran borang dimaklumkan kemudian. LATIF MOHAMED JUSIN, JU.

4 Mac 2010

Bahan baru

Sila download segera bahan kursus baru untuk rujukan Guru Prasekolah Kuala Kangsar.