Mengenai kami

Foto saya
Jawatankuasa Guru Prasekolah ini adalah cetusan idea Pegawai Khas Akademik Prasekolah Kuala Kangsar pada tahun 2008. Rasional penubuhan jawatankuasa adalah untuk membantu, memberi pandangan serta mengadakan program yang berkaitan dengan prasekolah daerah Kuala Kangsar. Sejak penubuhan jawatankuasa ini, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan. Inisiatif penubuhan jawatankuasa ini telah memberi impak yang positif terhadap perkembangan prasekolah di daerah Kuala Kangsar. Blog ini adalah milik Jawatankuasa Guru Prasekolah yang dibangunkan pada tahun 2008. Blog ini dikawal dan dibiayai oleh Biro ICT Jawatankuasa Guru Prasekolah.

2 Jun 2010

Hari Terbuka Bomba Dan Penyelamat Kuala Kangsar



Pada 23 Mei 2010 Bomba Dan Penyelamat telah menganjurkan pertandingan mewarna dan pameran kepada prasekolah yang telah menyertai KELAB 3K. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antara prasekolah yang telah menyertai program ini ialah Prasekolah SK Kg.Nasib, Prasekolah SK Raja Muda Musa dan Tadika Islam Kuala Kangsar . Prasekolah Kuala Kangsar mengucapkan terima kasih kepada pasukan Bomba Dan Penyelamat kerana telah menjemput prasekolah menyertai program yang diadakan. Terima kasih juga kepada Bank Rakyat kerana telah menaja pelbagai hadiah menarik kepada prasekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan