Mengenai kami
- Prasekolah Daerah Kuala Kangsar
- Jawatankuasa Guru Prasekolah ini adalah cetusan idea Pegawai Khas Akademik Prasekolah Kuala Kangsar. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 2008. Rasional penubuhan jawatankuasa adalah untuk membantu, memberi pandangan serta mengadakan program yang berkaitan dengan prasekolah daerah Kuala Kangsar. Sejak penubuhan jawatankuasa ini, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan. Inisiatif penubuhan jawatankuasa ini telah memberi impak yang positif terhadap perkembangan prasekolah di daerah Kuala Kangsar.
06/01/2011
RPH & RPT PRASEKOLAH 2011
Assalamualaikum, selamat tahun baru 2011 dan selamat memulakan tugas anda. Saya harap anda dikurniakan kesejahteraan yang baik untuk meneruskan komitmen anda bagi tahun 2011. Tahniah kerana telah melepasi cabaran 2010 dengan jayanya dan menyumbang tenaga tanpa mengenal lelah. Anda adalah pemangkin kecemerlangan generasi akan datang. Saya bagi pihak PPD Kuala Kangsar amat menghargai sumbangan anda tanpa mengenal kritikan atau sanjungan. Teruskan usaha murni anda semoga Tuhan sahaja yang menimbang putih dan hitamnya. Mohon semua guru prasekolah daerah Kuala Kangsar merujuk kepada contoh Rancangan Mengajar Harian dan Tahunan yang terdapat dalam blog ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya, Peg. Khas Akademik Prasekolah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tahniah. Semoga PPD KK terus cemerlang
BalasPadamtahniah, saya dapat belajar sesuatu
BalasPadam