Mengenai kami

Foto saya
Jawatankuasa Guru Prasekolah ini adalah cetusan idea Pegawai Khas Akademik Prasekolah Kuala Kangsar pada tahun 2008. Rasional penubuhan jawatankuasa adalah untuk membantu, memberi pandangan serta mengadakan program yang berkaitan dengan prasekolah daerah Kuala Kangsar. Sejak penubuhan jawatankuasa ini, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan. Inisiatif penubuhan jawatankuasa ini telah memberi impak yang positif terhadap perkembangan prasekolah di daerah Kuala Kangsar. Blog ini adalah milik Jawatankuasa Guru Prasekolah yang dibangunkan pada tahun 2008. Blog ini dikawal dan dibiayai oleh Biro ICT Jawatankuasa Guru Prasekolah.

20 Apr 2011

Pentaksiran 2011 (DOWNLOAD)

Semua guru prasekolah daerah Kuala Kangsar diminta melaksanakan Pentaksiran Kembara Fasa 1 2011 seperti yang telah dimaklumkan.

Sila muat turun item-item seperti di bawah di ruang muat turun.

  1. Pentaksiran Membaca BM Fasa 1 2011
  2. Pentaksiran Menulis BM Fasa 1 2011
  3. Pentaksiran Matematik Fasa 1 2011
  4. Borang Analisa Pentaksiran Fasa 1 2011
  5. Manual Pelaksanaan Pentaksiran Fasa 1 2011
  6. Muka Hadapan Pentaksiran Fasa 1 2011
Tarikh tutup penghantaran borang analisa adalah pada 23 Mei 2011

Tuan/puan boleh menghubungi PEGAWAI BARU jika terdapat sebarang kesulitan. Terima Kasih.



ADMIN PRASEKOLAH KUALA KANGSAR

Pertukaran Pegawai Prasekolah PPD Kuala Kangsar



Dimaklumkan pertukaran Pegawai Khas Prasekolah, En Kamrulazua bin Abu Kassim (Kiri) ke Unit Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Manakala kekosongan jawatan tersebut telah diganti oleh En Khairam bin Arshad (Penolong PPD Prasekolah & Permata)

17 Apr 2011

Pertandingan Bowling Guru & PPM Prasekolah Negeri Perak 10/4/2011 (IPOH PRADE)

Bergambar dengan En Fuad, Penolong Pengarah Prasekolah (Pengurusan) Jabatan Pelajaran Perak. En Latif telah muncul sebagai Juara Bowling Negeri Perak.....

Team bowling Kuala Kangsar.

Bola yang ditempah khas untuk menang dalam pertandingan.

Juara Negeri Perak ( En Latif -Kuala Kangsar)

Naib Juara ( En Hizar - Kerian)

Tempat ke-4 (En Khiri -Kuala Kangsar)

Menerima cenderahati daripada Ketua Sektor JPN Perak




Penganjur dan urusetia ( Tn Syed Roshidon- Pegawai Khas Perak Tengah
)
Menunggu markah yang telah berjaya dikumpul

Inilah teknik yang betul memegang bola


Terima Kasih.....



Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Prasekolah sesi 2008-2010




En Latif (Kiri) dan En Kalifandi/Blog Admin (Kanan) masih kekal dalam jawatankuasa u ntuk sesi 2011-2013

Mesyuarat Agung Jawatankuasa Prasekolah



Ahli jawatankuasa yang baru dilantik bagi sesi 2011-2013

Pegerusi baru Jawatankuasa Prasekolah Kuala Kangsar (En Faisal bin Ismail)

Terima diucapkan kepada Pn Hamiza yang telah memimpin Jawatankuasa Prasekolah selama ini.







Penyampaian cenderahati kepada perasmi, En Kamarulazua Abu Kassim

Perasmian Mesyuarat Agung Jawatankuasa Prasekolah disempurnakan oleh Pegawai Khas Prasekolah

12 Apr 2011

Bengkel Pentaksiran 3M Prasekolah Negeri Perak 2011

Assalamualaimum, Minta perhatian SEMUA guru prasekolah. Bengkel Pentaksiran 3M akan diadakan pada 14 April 2011 ( Khamis ) di dewan PPD K.Kangsar jam 3.00 hingga 5.00 petang. Semua guru prasekolah mesti hadir. Bawa bersama-sama yuran RM 30. Untuk maklumat lanjut rujuk portal PPD Kuala Kangsar.