Mengenai kami

Foto saya
Jawatankuasa Guru Prasekolah ini adalah cetusan idea Pegawai Khas Akademik Prasekolah Kuala Kangsar pada tahun 2008. Rasional penubuhan jawatankuasa adalah untuk membantu, memberi pandangan serta mengadakan program yang berkaitan dengan prasekolah daerah Kuala Kangsar. Sejak penubuhan jawatankuasa ini, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan. Inisiatif penubuhan jawatankuasa ini telah memberi impak yang positif terhadap perkembangan prasekolah di daerah Kuala Kangsar. Blog ini adalah milik Jawatankuasa Guru Prasekolah yang dibangunkan pada tahun 2008. Blog ini dikawal dan dibiayai oleh Biro ICT Jawatankuasa Guru Prasekolah.

12 Apr 2011

Bengkel Pentaksiran 3M Prasekolah Negeri Perak 2011

Assalamualaimum, Minta perhatian SEMUA guru prasekolah. Bengkel Pentaksiran 3M akan diadakan pada 14 April 2011 ( Khamis ) di dewan PPD K.Kangsar jam 3.00 hingga 5.00 petang. Semua guru prasekolah mesti hadir. Bawa bersama-sama yuran RM 30. Untuk maklumat lanjut rujuk portal PPD Kuala Kangsar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan