Mengenai kami

Foto saya
Jawatankuasa Guru Prasekolah ini adalah cetusan idea Pegawai Khas Akademik Prasekolah Kuala Kangsar pada tahun 2008. Rasional penubuhan jawatankuasa adalah untuk membantu, memberi pandangan serta mengadakan program yang berkaitan dengan prasekolah daerah Kuala Kangsar. Sejak penubuhan jawatankuasa ini, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan. Inisiatif penubuhan jawatankuasa ini telah memberi impak yang positif terhadap perkembangan prasekolah di daerah Kuala Kangsar. Blog ini adalah milik Jawatankuasa Guru Prasekolah yang dibangunkan pada tahun 2008. Blog ini dikawal dan dibiayai oleh Biro ICT Jawatankuasa Guru Prasekolah.

6 Jan 2012

Borang Maklumat Prasekolah 2012


Salam. Sila muat turun Borang Maklumat Prasekolah 2012 di ruangan muat turun. Borang perlu diisi dan dikemaskini sebanyak empat (4) kali setahun mengikut tarikh yang tertera pada lampiran yang disediakan. Terdapat enam helaian termasuk lampiran.

  1. Data sehingga 31 Januari perlu dihantar pada 5 Februari.
  2. Data sehingga 1 April perlu dihantar pada 7 April
  3. Data sehingga 1 Julai perlu dihantar pada 7 Julai
  4. Data sehingga 30 Oktober perlu dihantar pada 5 November

Sila hantar borang maklumat kepada PPDKK mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan