Mengenai kami

Foto saya
Jawatankuasa Guru Prasekolah ini adalah cetusan idea Pegawai Khas Akademik Prasekolah Kuala Kangsar pada tahun 2008. Rasional penubuhan jawatankuasa adalah untuk membantu, memberi pandangan serta mengadakan program yang berkaitan dengan prasekolah daerah Kuala Kangsar. Sejak penubuhan jawatankuasa ini, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan. Inisiatif penubuhan jawatankuasa ini telah memberi impak yang positif terhadap perkembangan prasekolah di daerah Kuala Kangsar. Blog ini adalah milik Jawatankuasa Guru Prasekolah yang dibangunkan pada tahun 2008. Blog ini dikawal dan dibiayai oleh Biro ICT Jawatankuasa Guru Prasekolah.

1 Feb 2012

MAKLUMAN UNTUK PENGETUA/GURU BESAR KELAS PRASEKOLAH DAERAH KUALA KANGSAR:

MAKLUMAN UNTUK PENGETUA/GURU BESAR KELAS PRASEKOLAH

DAERAH KUALA KANGSAR:

Mohon kerjasama semua kelas prasekolah menghantar borang (Mpra1) selewat-lewatnya minggu pertama Februari 2012.

Mengemaskini data SMPK secara online sebelum 10 Februari 2012.Unit Prasekolah JPN Perak akan membuat verifikasi data SMPK sebelum 15 Februari 2012.

Bagi kelas prasekolah yang masih belum mengambil bahan P&P 2011/12. Sila ambil di Unit Prasekolah PPD Kuala Kangsar.

Bagi kelas prasekolah perluasan 1992/2002/2010/2011, sila ambil peralatan pertanian di Unit prasekolah PPD Kuala Kangsar.

Mohon layari portal JPN mengenai pertandingan inovasi prasekolah.

Sekian terima kasih.