Mengenai kami

Foto saya
Jawatankuasa Guru Prasekolah ini adalah cetusan idea Pegawai Khas Akademik Prasekolah Kuala Kangsar pada tahun 2008. Rasional penubuhan jawatankuasa adalah untuk membantu, memberi pandangan serta mengadakan program yang berkaitan dengan prasekolah daerah Kuala Kangsar. Sejak penubuhan jawatankuasa ini, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan. Inisiatif penubuhan jawatankuasa ini telah memberi impak yang positif terhadap perkembangan prasekolah di daerah Kuala Kangsar. Blog ini adalah milik Jawatankuasa Guru Prasekolah yang dibangunkan pada tahun 2008. Blog ini dikawal dan dibiayai oleh Biro ICT Jawatankuasa Guru Prasekolah.

16 Jan 2013

Buku RPT Prasekolah

Mohon kerjasama kepada semua guru prasekolah daerah Kuala Kangsar.
Terdapat kekurangan buku RPT di daerah Kuala Kangsar.
Mohon semua guru prasekolah yang melebihi 1 kelas supaya memulangkan semula lebihan  buku RPT ke PPD Prasekolah. Setiap satu sekolah hanya layak senaskah buku RPT sahaja.
Sekian terima kasih diatas keperihatinan tuan/puan.