Mengenai kami

Foto saya
Jawatankuasa Guru Prasekolah ini adalah cetusan idea Pegawai Khas Akademik Prasekolah Kuala Kangsar pada tahun 2008. Rasional penubuhan jawatankuasa adalah untuk membantu, memberi pandangan serta mengadakan program yang berkaitan dengan prasekolah daerah Kuala Kangsar. Sejak penubuhan jawatankuasa ini, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan. Inisiatif penubuhan jawatankuasa ini telah memberi impak yang positif terhadap perkembangan prasekolah di daerah Kuala Kangsar. Blog ini adalah milik Jawatankuasa Guru Prasekolah yang dibangunkan pada tahun 2008. Blog ini dikawal dan dibiayai oleh Biro ICT Jawatankuasa Guru Prasekolah.

9 Mei 2013

MAKLUMAN UNTUK PENTADBIR DAN GURU PRASEKOLAH.


1. DATA  SKPK PRASEKOLAH.
Pihak sekolah dikehendaki mengemaskini data SKPK Prasekolah sebelum
10 Mei 2013 secara online.

2. PENTAKSIRAN 3M PRASEKOLAH.
Kerjasama tuan supaya dapat menghantar analisa pentaksiran Kembara 3M    
prasekolah ke PPD sebelum 28 Mei 2013.

3. Jemputan ke Seminar Kebangsaan Pendidikan  Awal kanak-Kanak.

Tarikh   :  11 hingga 12 Mei 2013
Tempat  :  Dewan Kuliah Perdana, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI
Masa     :  8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Pegawai-pegawai di PPD, sekolah  dan guru-guru dialu-alukan untuk  
hadir dan  mengambil bahagian dalam seminar tersebut.

4. PROGRAM PERMATA PINTAR (UKM) DAN PERMATA INSAN (USIM)
Mohon pihak sekolah menggalakkan pelajar-pelajar untuk menyertai    
program permata pintar dan permata insan dengan melayari laman web:

                            http:// www.ukm1 permatapintar.edu.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan